Wednesday, 25 January 2012

Buku Panduan, Teknik dan Cara Bermain Permainan Tradisi di Malaysia



Mengapa perlu bermain?

Bermain merupakan proses pendewasaan yang harus dilalui oleh semua kanak-kanak. Tetapi ibu bapa sering melarang anak-anak daripada melakukan aktiviti bermain. Mungkin mereka lupa atau tidak sedar bahawa mereka juga pernah melalui zaman kanak- kanak sebelum bergelar ibu atau pun bapa.

Memang tidak dinafikan bahawa pendidikan akademik adalah amat penting bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna di kemudian hari. Namun begitu, kepentingan bermain juga merupakan pelengkap ke arah itu.

Kita sering dihidangkan dengan berita siswa-siswi tidak bermoral, mat rempit bermaharajalela, pegawai eksekutif melakukan rasuah dan sebagainya. Kini barulah kita sedar bahawa persediaan untuk memiliki asas pembentukkan diri pada peringkat awal adalah amat penting sebelum anak-anak menjadi dewasa.


Apakah kelebihan permainan tradisi?

Permainan tradisi adalah hasil ciptaan nenek-moyang kita pada masa dahulu. Malangnya, banyak permainan tradisi yang telah dilupakan. Jika tiada usaha ke arah memartabatkannya, warisan ini akan menjadi peninggalan sejarah yang akan tenggelam bersama arus kemodenan.

Manakala permainan moden lebih cenderung kepada permainan perseorangan seperti kereta kawalan jauh, kapal terbang kawalan jauh, permainan video, permainan komputer dan sebagainya. Kesemua permainan ini tidak melibatkan ramai pemain. Malah ianya lebih kepada mementingkan diri sendiri. Bagaimana mereka dapat belajar berinteraksi, cara bergaul dan sebagainya?

Bagi permainan tradisi, penekanan terhadap asas pembentukkan diri adalah lebih utama. Walaupun begitu, pembelajaran asas pembentukkan diri tidak dapat diajar di sekolah kerana ianya lebih kepada ekspresi diri. Pembelajarannya adalah secara praktikal seperti:

Memiliki semangat berpasukan (sayangkan keluarga, masyarakat)
Sedia bertolak-ansur (menghapus perasaan hasad dengki)
Berfikiran kreatif (mampu berdaya saing)
Berani membuat keputusan (sifat usahawan berdaya maju)
Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam)
Akur kesalahan diri-sendiri (menghakis sikap suka menuding kesalahan kepada rakan yang lain)
Keboleh-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran)
Memiliki kemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang tepat)
Sedia berkorban demi pasukan (memiliki semangat jati diri)
Memiliki semangat kerjasama (menghakis perasaan bangga diri)



Berikut adalah senarai permainan yang terkandung di dalam buku ini:

Getah Atas Para
Ketinting Kapal Terbang
Ketinting Buku

Batu Seremban
Aci Sorok
Cari Cucu
Galah Panjang
Guli
Jala Itek
Konda-Kondi
Sepak Raga
Baling Tin
Susun Selipar
Permainan Tikam
Dam Aji
Aji Terbang
Congkak
Lompat Getah
Lawan Bola
Gasing





SILA HUBUNGI KAMI BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT







No comments: